Monday, March 22, 2010

Perjumpaan & Perbincangan dengan Penjaja Pasar Gunung Rapat. - 18 Mac 2010

Acara dimulakan tepat jam 2 petang. Dewan penuh sesak sehingga ada yang terpaksa berdiri. Malangnya, Datuk Bandar atau pun wakilnya, gagal hadir.

Pemberita daripada akhbar-akhbar bahasa Cina memberikan kerjasama yang cukup baik.

Berikut adalah artikel yang tidak diedit dihantar kepada Sinar Harian.
__________________________________________________________________________________

Perbincangan tentang isu perobohan dan pembinaan semula pasar Gunung Rapat yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai Chan Ming Kai, mendapat sambutan hangat daripada para penjaja dan penduduk setempat.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye telah turut hadir untuk berdialog dengan para penjaja.

Menurut Ming Kai, "Pertemuan ini diadakan bagi mendengar sendiri keluhan hati para penjaja terutamanya. Ketidak puasan hati dengan projek pembinaan pasar baru dan bantahan mereka terhadap cadangan lokasi penempatan sementara."

Cadangan untuk membina semula pasar Gunung Rapat yang mula tercetus tahun lalu telah mendapat bantahan majoriti penjaja di pasar tersebut. Rata-rata mereka merasakan tidak ada keperluan mendesak untuk dibina semula pasar Gunung Rapat, memadai dengan penambah baikan sahaja.

Lokasi penempatan sementara yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan adalah di belakang deretan gerai limau tambun, Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng), iaitu berhadapan dengan tokong Cina, Sam Poh Tong.

Salah seorang penjaja yang ditemui, Haji Mat Razali bin Abdul Rahman, 41 tahun berkata, "Adalah lebih baik dibuat kerja-kerja penambah baikan sahaja kepada pasar sedia ada. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat supaya para penjaja tidak perlu berpindah jauh,"

"Kebanyakan pelanggan kami menyatakan tidak sanggup pergi ke lokasi penempatan sementara yang dicadangkan sebaliknya akan mula berbelanja di pasar-pasar malam. Ini sudah semestinya akan menjejaskan pendapatan para penjaja," tegas Haji Mat Razali lagi.

Seramai 121 orang penjaja daripada 174 orang telah hadir pada pertemuan tersebut. Mereka telah bersetuju memilih 4 orang wakil daripada kalangan mereka untuk berbincang dengan pihak berkuasa tempatan.

"Saya akan berusaha mengaturkan pertemuan di antara wakil-wakil penjaja dan saya sendiri dengan Datuk Bandar Ipoh dalam waktu terdekat. Semoga perbincangan dan komunikasi 2 hala akan membuahkan satu keputusan yang dapat diterima kedua-dua pihak,"

"Syabas saya ucapkan kepada para penjaja kerana perbincangan berjalan lancar dan dalam suasana kekeluargaan. Kebanyakan penjaja telah berpuluh tahun berniaga di pasar Gunung Rapat dan suara mereka wajib didengari," ujar Ming Kai lagi.
__________________________________________________________________________________

Yang hadir pada petang itu



Dr Lee membuka majlis pada petang itu. Turut hadir, Ketua Wanita KEADILAN Perak, Puan Fathmawaty Salim



Saya memberi serba sedikit penerangan tentang pelan baru yang dicadangkan



Ambil peluang menyatakan pendapat



Haji Mat Razali, salah seorang penjaja menyatakan pendapat beliau yang menerima tepukan gemuruh



Penjaja meneliti pelan baru pasar



Berbincang dengan wakil-wakil penjaja

Kaunter Ipoh Jaya Di Serbu!!! - 15 Mac 2010

Penjaja-penjaja pasar Gunung Rapat tidak berpuas hati dengan cadangan meroboh dan membina pasar tersebut. (lihat catatan lama) Mereka juga menentang keras cadangan penempatan sementara yang terletak dibelakang deretan gerai limau tambun, Jalan Gopeng.

Kebanyakan pelanggan tetap pasar Gunung Rapat telah menyatakan ketidak sanggupan mereka untuk pergi ke lokasi tersebut. Maka ini tentu sahaja akan menjejaskan pendapatan para penjaja.

Saya telah pun mengaturkan satu perjumpaan untuk berbincang dan mendengar pendapat semua pihak terbabit. Ianya dirancangkan pada 18 Mac 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Gunung Rapat. Datuk Bandar Ipoh, Dato' Roshidi Hj Hashim juga telah dijemput hadir.

Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye telah mengesahkan kehadiran beliau.

Tetapi para penjaja telah mengambil inisiatif sendiri untuk datang beramai-ramai ke kaunter saya bagi menandatangani memorandum bantahan usaha penempatan sementara meraka yang akan mengambil masa kira-kira 1 1/2 tahun.

Mula-mula cool saja,


Kemudiannya....







Pegawai SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) pun datang bagi mendaftarkan pemilih.

Friday, March 5, 2010

Spesis Katak Jadian



Ada satu istilah yang cukup popular dewasa ini - ' Katak '. Ianya merujuk kepada wakil rakyat yang dipilih rakyat melalui pilihanraya yang sah yang mewakili parti-parti tertentu, akhirnya melangkah keluar parti.

Bukan melangkah sebenarnya, melompat.

Malangnya, majoriti yang melompat adalah daripada parti saya sendiri, Parti KEADILAN Rakyat.

Mungkin juga terbeban dengan nama parti, tidak mampu ditanggung bahu, tidak mampu berlaku adil, maka melompatlah!

Persepsi - Lompatan maut adalah hasil konspirasi UMNO BN.

Sekiranya ia satu konspirasi, apakah tujuannya? Supaya KEADILAN dilihat lemah, hampir berpecah dan akan terkubur pada Pilihan Raya Umumm (PRU) akan datang?

Selepas PRU ke-11 pada tahun 2004, yang melihatkan KEADILAN cuma menang 1 kerusi sahaja iaitu Permatang Pauh, dimenangi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berbondong-bondong keluar meninggalkan parti.

Ramai yang bercakap sinis mengatakan KEADILAN akan terkubur selepas PRU 2008.

Kemudiannya, apakah yang terjadi.

Saya menyeru kepada ahli dan pendukung KEADILAN supaya jangan cepat melatah. Janganlah kita termasuk dalam perangkap yang dicipta musuh lalu mula menyalahkan kepimpinan sendiri.

Kepada rakan komponen PR, ujian sebegini adalah untuk kita lebih merapatkan lagi persaudaraan sesama kita. Jangan kita salah menyalah dan memandang serong antara satu sama lain. Kerana inilah yang puak lawan inginkan.

Jangan kita menghabiskan masa dengan merasa kesal atas katak2 yang telah pergi meninggalkan kita. Sebaliknya kita perlu kerja lebih keras lagi.

Cara yang paling baik menangani kemusnahan adalah dengan membina tembok-tembok kekuatan.

Mereka curi 3 Ahli Parlimen kita, kita tambahkan 3000 ahli parti kita.

Mereka tarik 10 Ahli Parlimen kita, kita tarik sokongan ratusan ribu pengundi seluruh negara supaya mereka tak mampu lagi mengangkat muka pada pilihan raya akan datang!

Kepada UMNO Barisan Nasional - kami yang memilih untuk berjuang di landasan Pakatan Rakyat, sedia maklum akan segala risiko dan taktik keji kamu.

Yakinlah, sekuat mana tekanan kamu terhadap kami, kami lebih kuat lagi.

Bergembiralah kamu dengan katak-katak yang melompat. Your days are numbered.